Sunday 28 February 2010

Kerinduaan

hari ini...1 mac 2010

hari pertama mendatangi ofis stelah pemergiaan ayah tersayang 24 feb 2010 yang lepas.
mata tertumpu pada material that to be discussed with student this afternoon.

hatiku tenang tiada siapa mengganggu memandangkan room mate pun tgh maternity leave.
seketika, i dont know, where the feeling come fr, suddenly my tears drop missing my father so much. Here is the pc, the desk, the chair i sit for the most of my time not failing a single day to think about u, ayah, u getting worse since our marriage due to renal failure (buah pinggang yang gagal berjaya melalui dialisis ditambah sakit2 diabetic & lain2 yang dirimu deritai..byknya pahalamu dgn keredhaan kesakitanmu itu ayah, ketahuilah) ..2 years if counting in random, ayah sakit terlantar..

as time passes by, mata beralih dari text ke com mencuri perhatian settg assignment..
stills i cant stop my tears..
teringat aku,
ayah kelihatan tenang tika itu,
sama seperti selalu aku melihat ayah tidur, jikalau dulu diselang seli jeritan sakit, tapi kali ini ayah senyap, aku seperti tidak percaya ayah tiada lagi..
buat kali terakhir kucium dahi pipimu
kalau dulu dirumah, ketika ayah sedang tido, aku dtg dekat pada ayah, tgk pernafasan ayah dan aku lega ada naik turun dada ayah, tiada siapa yang sedar akan pemerhatianku..
kadang kuselak, pegang kaki ayah, ayah dah makin kurus, sedihnya
tapi hari ayah pergi, aku masih merasai ayah sedang tido
tapi tidak di hari ini, di ruangan pejabat petang ini, baharu aku rase kehilangan dan pemergiaannya
kerana aku tidak akan bertanya lagi samada aku balik ketika ayah berada di rumah mak atau rumah makcik, atau di hospital, hanya nasib menentukan pertemuan itu, tidak pernah diatur sendiri, ikut kelapangan aku sekeluarga..argh pentingkan diri kah aku?jawapan yg pasti?
"kenapa tidak balik waktu ayah betul2 ada?ntahla, mungkin aku masih tidak sangka ayah pergi waktu terdekat itu.kali terakhir bertemu ayah lawatan terakhir dihospital 3 hari sebelum ayah pergi. mmg ayah sakit tenat saat itu, tapi aku masih berharapan ayah akan dibawa pulang dan aku mmg igt jumpa ayah lagi, tapi aku tahu juga ayah tidak lama..tapi ntahla, aku mmg berharap utk jumpa ayah kerana kami balik petang dihospital itu. bertuahnya angah dan ibuku bersama sama ayah di saat akhir itu....

bgmana aku meluahkan hatiku, inilah antara perjalanan hidupku, kesunyian off ini mengguris hati..tidak sama seperti dirumah dgn riuh rendah anak buahku, anakku sendiri yg asyik menangis....maafla aku telah mencuri masa ini untuk menghilangkan rindu ini

Ayah
Semoga rohmu aman disana
Semogamu dicucuri rahmat
InsyaAllah, semoga aku tidak akan meninggalkan al fatihahku buatmu berehat disana

Al-Fatihah...

2 comments:

  1. InsyaAllah ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg beriman..amin..
    sabar byk2 yer..kadang kita pun boleh nangis titiber kalau teringat arwah bapak.

    ReplyDelete
  2. ye la kak neng!!i can cry everyday if i think of losing someone i really love!

    didunia ini semua pinjaman, tiada hak milik kekal..

    ReplyDelete