Pagi itu pukul 2.00 pagi lagi aina menangis sekuat hati lagi, bukan teresak teresak tapi meraung sekuat hati.
Aku dan hubby dah biasa, tapi pada yang kali pertama dgr mmg risau, mak, angah, shukri, ateh bangun bgn tertanya-tanya dgn raungan aina...2 hari dikampung, 2 hari jugak perkara yng sama
Since hip spica cast aina dibuka [ dah masuk 2 minggu], setiap malam around 2 pagi , suddenly , meraung, merangkak melarikan diri dari sesuatu. nak kata kaki sakit , boleh plak die laju jer ke dinding kadang2 bawah meja.
mcm biasa aku dukong, bawak sekeliling rumah, dalam 15 minit baru aina redha, aku pujuk dgn minum calci Yum [bayangkan pagi2 buta minum calci Yum ataupun menonton tv [aku sambung tido, die boleh layan tv tuh kejap, siap borak2, senyum2,cheh]
Shukri : Selalu ke mcam nih.
Aku : Dah biasa dah mmg mcam nih
[baru lagu ni aku perasaan waktu nyer sama around 2 pagi]
Shukri : Ko berubat kat mana yu
Aku : hmm...berubat ..minta doa dan air penawar kat pelangai
[aku baru teringat, selain moden dulu kami berubat secara tradisional atas nasihat
ramai [pada aku, selagi ada ikhtiar aku akan usahakan,dgn hati berpegang dan
percaya hanya Allah satu satunya yang boleh menyembuhkan, tiada kuasa lain,
semua yang berlaku atas kehendakNya jua ]
di pendekkan cerita, shukri memberi cadangan sesuatu, kerana mungkin sesuatu jua yang berlaku pada aina...
aku...dek kepenatan ramadhan , aku tangguhkan dulu, lihat progress aina lagi selepas dua minggu ini
balik isnin cuti merdeka tuh, tak payah tunggu malam, maghrib lagi aina dah meraung, macam sakit yang teramat sgt, nak pujuk tak senang, aina sebuk pandang renung atas, tak pandang pun muka aku......, hubby pun dah pi masjid, aku baca ayat 3 kali kursi dan hembus pada ubun2 aina, nothing happen..bulu roma aku pulak yang naik..apesal ????
aku pun give up dan berbisik: tak payah la urut, aina dah sehat....3 kali
dipelukanku tiba2, aina senyap...n dah dua hari aku tido lena tanpa tangisan aina pada jam 2 pagi.................
misteri......kenapa jam 2 pagi???aina tak pernah menangis sekuat itu selama ini, satu tahun 3 bulan umur aina..uwan pun panggil aina budak baik [kononnyer la] . Jarang aina menangis malam mahupun siang, aina besar dalam tido tapi sekang aina kecik, makan memilih :(
mungkin malam terlampau sejuk, rase kejang dan sebagainya, mungkin aina trauma bgn dari tido. itu andaian ku sebelum ini,..dan kini andaian ku, aina mmg memilih ketiak aku utk tido, coz sepanjang aina sakit, kami tido bawah pasal takut tergolek, tilam tak empuk sgt dan terlampau luas, aina bergolek jauh, sekarang, hubby takda [pi training],aku bawak aina tido atas katil empuk yang tebal berbantal2 kiri kanan.kalau berpusing2 die dapat sentuh aku [paling tak kepala bwh ketiak ..hehehehe....]...aina senyap...dan lena.....
mungkin inilah misteri aina.......aina, kain dan ketiak busuk......hehehehehe
bagaimana pula dgn misteri bisikanku, adakah hanya kebetulan???atau..
wallahualam...
igt mase kecil2 dulu : "tido nak bawah ketiak mak jo"
cian m.cik ayu..!!
ReplyDeleteaina 2 mmg nk slalu dmanja kn ye..
abis xkn bpknye langsung hapak p0n xtlg ape2..??
m.cik ayu s0rg je ke..?? kesian....